Pertandingan Menarik Sempena Gema Aidilfitri!

Pertandingan Menarik Sempena Gema Aidilfitri!

Bosan dengan cara persembahan  Multimedia PERUBATAN??

Punya masa terluang?

Inginkan kelainan dan keunikan serta mahukan sentuhan peribadi anda diabadikan di MediaPERUBATAN?

Mari sertai pertandingan video dan karya kreatif..

Anjuran bersama:
Biro Penerbitan dan Penerangan, Biro Pembangunan Insan dan Jawatankuasa Gema Aidilfitri 1430 PERUBATAN

Mari Sertai Pertandingan Sempena Gema Aidilfitri 1430H !!

Menangi hadiah-hadiah menarik dan kumpul mata untuk kemenangan muhafazah anda!

Syarat-syarat umum untuk penyertaan kedua-dua pertandingan:

  1. Ahli PERUBATAN
  2. Ketua dan Timbalan  Biro Penerbitan dan Penerangan PERUBATAN Pusat, Unit Penerbitan dan Penerangan Muhafazah-muhafazah serta Ketua dan Timbalan Jabatan-jabatan BPP,AJK RAYA ,Kartunis Tibbians dan  AJK The Zikr BPI tidak layak

Syarat-syarat khas:

Pertandingan persembahan multimedia atau video.

  1. Berkaitan dengan sambutan Aidiilfitri.
  2. Panjang video adalah 3-5 minit, format AVI, saiz kurang dari 100MB
  3. Perlulah mempunyai maklumat berikut (hanya 2 pertama diwajibkan, selebihnya markah tambahan):
      Nama program: Gema Aidilfitri 1430H
      Tema : Sesuci Aidilfitri Setulus Ukhuwah
      Anjuran bersama: Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  4. Persembahan multimedia mempunyai konsep bebas sama ada video bergambar mahupun rakaman berbentuk cerita pendek, temubual atau gabungan konsep-konsep tersebut.
  5. Berlatarbelakangkan Mesir
  6. Menjaga sensitiviti , bebas dari unsur kutukan, hasutan, kejian dan sesuai untuk tatapan umum.
  7. 3 pemenang bakal dipilih dan akan diisytiharkan sewaktu Sambutan Gema Aidilfitri 1430 pada 16hb Oktober nanti.
  8. Video terbaik akan disiarkan sewaktu majlis perasmian program dan dikemaskini di blog raya PERUBATAN untuk tatapan umum.
  9. Sila hantarkan penyertaan anda dalam bentuk attachment, atau upload melalui hosting (MediaFire/Rapidshare) dan bukannye YouTube.

Pertandingan mengarang artikel/karya kreatif sempena sambutan Syawal.

  1. Mestilah original.
  2. Beberapa karya pilihan akan diterbitkan di blog raya, PERUBATAN Online atau TheZikr berdasarkan kesesuaian dan di TIBBians atau TheZikr secara bercetak.
  3. Pemenang akan diisytiharkan sewaktu Sambutan Gema Aidilfitri 1430 pada 16hb Oktober nanti.
  4. Crawlers penganjur pertandingan akan memasuki laman http://komuniti. perubatan. org/ dan memilih karya/penulisan artikel secara rawak.
  5. Contoh karya yang diingini: cerpen, komik, pantun,puisi, tazkirah dan lain-lain
  6. Penyertaan dibuka dari 1-14 Oktober 2009
  7. Setiap penghantaran penyertaan yang memenuhi syarat-syarat pertandingan layak untuk menerima 10 point bagi merebut hadiah Muhafazah Penyertaan Terbanyak.

Hantarkan penyertaan anda beserta butir-butir berikut…

  1. Nama
  2. Tahun pengajian
  3. Universiti

…kepada aidilfitri[at]perubatan[dot]org

Sertai sekarang! Hadiah lumayan menanti anda!

Related posts:

  1. Pertandingan
  2. Perubahan dan Tentatif
  3. Tentatif
  4. Peringatan Gema Aidilfitri
  5. Keputusan Pertandingan Video dan Karya Kreatif